Kehidupan awal Basuki_Tjahaja_Purnama

Ahok ialah anak sulung Alm. Indra Tjahaja Purnama (Zhong Kim Nam) dan Buniarti Ningsing (Bun Nen Caw). Beliau dilahirkan di Belitung Timur, Bangka Belitung pada 29 Jun 1966. Ahok / Basuki memiliki tiga orang adik, iaitu Basuri Tjahaja Purnama (doktor PNS dan Bupati di Kabupaten Belitung Timur), Fifi Lety (peguam), Harry Basuki (perunding pelancongan dan perhotelan). Keluarganya berketurunan Cina-Indonesia dari suku Hakka.[2][3]

Basuki membesar di Desa Gantung, Kecamatan Gantung, Kabupaten Belitung Timur. Setelah tamat sekolah menengah pertama, dia sambung belajar di Jakarta. Basuki berkahwin dengan Veronica, kelahiran Medan, Sumatera Utara dan mempunyai 3 anak iaitu Nicholas Sean Purnama, Nathania, dan Daud Albeenner.[4]